tag:blogger.com,1999:blog-29502476.post115696200271664234..comments2023-11-05T16:28:58.959+08:00Comments on IIUM Angklung Club: report: IIUM Ambang Merdeka '06IIUM Angklung Clubhttp://www.blogger.com/profile/14220394670825735514noreply@blogger.comBlogger2125tag:blogger.com,1999:blog-29502476.post-1157180777059697302006-09-02T15:06:00.000+08:002006-09-02T15:06:00.000+08:00friends foreva!!!!friends foreva!!!!azuwahttps://www.blogger.com/profile/02499633329133591402noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-29502476.post-1157094184562710682006-09-01T15:03:00.000+08:002006-09-01T15:03:00.000+08:00Surat Terbuka untuk Angklung ClubAssalamualaikum… ...Surat Terbuka untuk Angklung Club

Assalamualaikum… dengan aroma laksa utara yang dibeli di convest hill hasil perkongsian dengan Pija dan Safwan, aku menulis isi hati ini.

Sebenarnya sudah dapat aku agak bahawa untuk persembahan Malam merdeka tidak ada sesi post mortem. Oleh sebab itu aku memilih untuk mengumumkan pengunduran aku semasa sessi post mortem hari Sabtu yang lepas semasa konvokesyen.

Bukanlah hajat hati ini untuk meninggalkan kamu semua dan melupakan angklung Re dan Mi yang menjadi goyangan tangan ini. Tiada juga niat di hati untuk melupakan kenangan selama lebih kurang 2 bulan ini bersama kalian. Tetapi apakan daya, keputusan pengunduran ini perlu juga dilaksanakan memandangkan sudah dua sem di UIA ni tapi belum satu pun aku meraih dean’s list. Jadi, nak tak nak, kena la juga aku tarik diri untuk aku berkurung dan berasmara dengan buku-buku aku.

Seakan direstui pengunduran ini di mana persembahan terakhir aku bersama angklung club pada malam merdeka ini kerana kita sama-sama perform dengan baik! Tahniah untuk korang semua! Mujur saja lagu Tanggal 31 tidak dipersembahkan kerana secara jujurnya aku berpendapat kita semua belum betul-betul sedia untuk mendendangkan lagu itu. Lagi-lagi angklung 10! Aku le tu… Lagu Standing in the Eyes of the World lagi la… hehe… lepas habis program sambutan malam merdeka pula, aku bersama-sama beberapa yang lain berjalan di convest hill mencari makanan sambil tawar menawar. Tawar menawar sikit punya kecoh, beli nye tidak! Haha~ bayangkan air seringgit boleh dapat 3 seringgit! Tak ke pelik tu? Terima kasih kepada yang membelanja keropok lekor, air, char kuey teow, dan laksa. Nampaknya bertambah gemuk la badan ni…

Maafkan andai diri ini pernah membuatkan kesilapan dan dosa tatkala kita berkongsi masa. Maafkan diri ini kiranya pernah terkasar bahasa. Maafkan bibir aku jika aksinya berdiri menjelikkan korang. Maafkan diri ini jika keputusan mengundurkan diri ini mengecewakan hati kalian. Percayalah, kenangan bersama angklung Club takkan sekali-kali aku lupakan.

Owh ya… tidak lupa juga Pak Dadang yang banyak mendidik kami menggoncang angklung. Kiraan 1… 3… 3… 4… bapak takkan saya lupakan walaupun pada mulanya agak aneh bunyinya kiraan tanpa nombor 2. Walaupun bapak beberapa kali menegur angklung Re dan Mi, saya tahu bapak bukannya marah, tapi bapak mahukan kesempurnaan kami menggoncang angklung supaya bunyi lagunya merdu dan indah gitu. Ya tak Pak? Hehe… Andai ada jodoh kita, bertemu kita di Kuantan dengan ijin Alloh…

Jika korang terserempak dengan aku di mana-mana, jangan segan untuk menegur. Kekadang aku ni susah nak cam member-member perempuan di sebalik tudung tu. Kekadang juga aku tak pakai cermin mata, nak jaga macho la kononnya, tu yang kekadang member panggil tak cam pun sape… huhu… Satu lagi! Aku ni jenis tak berapa ingat nama orang, jadi kalau aku tanya sapa nama lepas ni, jangan plak marah ye?

Akhir kata, aku berdoa ke hadrat Allah s.w.t. agar hidup kita diberkati dan kita akan sentiasa cemerlang di dunia dan akhirat. Dan aku berdoa semoga ukhuwah yang sudah terjalin tidak terputus di tengah jalan. Amin…

Sampai di sini dulu. Ucapan bapak panjang mengalahkan wasiat orang nak jadi arwah! Assalamualaikum… sob sob…Anonymoushttps://www.blogger.com/profile/11166005738231462195noreply@blogger.com